Pusat Transformasi Komuniti Universiti

 University Community Transformation Centre

Pelan Strategik Keterlibatan Komuniti

Skop

Dokumen ini menggariskan strategi bagi gerak kerja keterlibatan komuniti di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dokumen ini juga digunapakai bagi penambahbaikan visi dan misi universiti bagi menyokong House of Quality (HoQ) atau Mahligai Kualiti, dan seterusnya memacukan perancangan aktiviti tahunan pusat tanggungjawab (PTj) dan keutamaan gerak kerja.

Pengenalan

Pelan strategik UKM 2019 – 2021 telah dilancarkan pada 24 September 2019 semasa Mesyuarat Ketua-ketua Bahagian. Pelan strategik yang menitikberatkan House of Quality (HoQ) atau Mahligai Kualiti ini telah menetapkan sasaran indeks prestasi utama pusat tanggungjawab masing-masing.


Justeru, Pelan Strategik Keterlibatan Komuniti UKM 2020 – 2024 telah dirangka untuk menyelaraskan gerak kerja keterlibatan komuniti yang sedia ada serta memacu halatuju program keterlibatan komuniti UKM yang baru iaitu
kepimpinan komuniti bagi menyokong HoQ universiti. Pelan strategik ini seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 – 2025 dan menyokong semua fokus dalam UN Sustainable Development Goals 2015 – 2030.


Pelan strategik ini bukan sahaja menggariskan rangka kerja keterlibatan komuniti yang baru, malahan format penilaian dan pelaporan juga ditetapkan. Pelan strategik ini boleh digunakan oleh semua warga universiti termasuk pelajar sarjana muda.

Kumpulan Sasaran

Pelan strategik ini digubal untuk semua warga universiti yang terlibat dalam keterlibatan komuniti termasuklah pengurusan pusat tanggungjawab, pensyarah, kumpulan pengurusan dan profesional, dan pelajar di mana mereka semua terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti keterlibatan komuniti yang inklusif dan berorientasikan hasil.

Pelan strategik ini adalah relevan kepada individu dan golongan seperti:

  • Timbalan Dekan (Jaringan dan Penjanaan)
  • Pensyarah
  • Kumpulan Pengurusan Dan Profesional
  • Pelajar

Visi

‘Memacu Kesejahteraan Bersama’

Misi

‘Memperkasa komuniti melalui kepakaran universiti bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat’

Dimensi dan Nilai

Dimensi

  • Pembelajaran Berasaskan Komuniti – Menyokong House of Quality bagi memperkasakan komuniti semasa dengan memacu golongan berpendidikan yang terlibat melalui pembelajaran berasaskan pengalaman dan perkhidmatan yang efektif.
  • Penyelidikan Berasaskan Komuniti – Memperkasa komuniti melalui penyelidikan berimpak tinggi dan positif serta membawa kepada kesejahteraan masyarakat yang dibiayai oleh rakan strategik.
  • Pengajaran Berasaskan Komuniti – Menyelesaikan masalah masyarakat melalui P & P secara pembelajaran kendiri (autodidact) dan pembelajaran sepanjang hayat. Bekerjasama dengan komuniti untuk mencipta dan memupuk pengetahuan serta pemahaman yang bertujuan untuk mencapai perubahan sosial yang positif.

Nilai

A. Keserakanan
Merangkumi budaya tanggungjawab kolektif, kerjasama berpasukan, dan permuafakatan dalam kepelbagaian antara universiti dan komuniti.


B. Akauntabiliti
Bertanggungjawab dan bersikap telus dalam apa-apa tindakan untuk menghasilkan impak terbaik.


C. Merit
Terkehadapan dalam mengembeling kepakaran universiti untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat.


D. Inovatif
Sentiasa kreatif dan inovatif dalam memperkasa dan menyokong komuniti bagi meningkatkan kesejahteraan sosial, ekonomi, persekitaran dan kesejahteraan masyarakat.


E. Integriti
Melaksanakan tangunggjawab untuk kepentingan masyarakat berlandaskan prinsip moral, etika dan undang-undang.

Objektif

  • Menginspirasi komuniti dalam mengiktiraf modal sosial mereka ke arah pembangunan yang lestari melalui pembelajaran, penyelidikan dan pengajaran berasaskan komuniti.
  • Menggunakan kepakaran universiti merentas bidang multidisiplin dengan keterlibatan rakan strategik dalam menangani cabaran semasa bagi menyokong kemakmuran negara dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
  • Melaksanakan amalan terbaik keterlibatan komuniti secara lestari.

Garis Panduan

Langkah 1: Penilaian Keperluan (Needs Assessment)
• Mengenal pasti, memahami permasalahan dan keperluan komuniti sasaran.

Langkah 2: Pelan Menyelesaikan Permasalahan dan Keperluan Komuniti Sasaran.
• Memadankan kepakaran pelbagai PTj.
• Menyediakan kerangka penyelesaian.
• Menyediakan cadangan kertas kerja projek/program (Operasi, Kewangan, Jangka masa pendek, pertengahan &
panjang).

Langkah 3: Pelaksanaan
• Menjalankan projek/program berdasarkan cadangan kertas kerja.
• Mendapatkan surat pembuktian kerjasama komuniti dan rakan strategik mengikut ketetapan MyRA.

Langkah 4: Pemantauan
• Memastikan pelaksanaan projek/program berdasarkan carta perbatuan (milestone).
• Langkah penambahbaikan terhadap pelaksanaan projek/program (sekiranya perlu).

Langkah 5: Impak
• Mengukur keberkesanan projek/program terhadap komuniti untuk jangka masa pendek dan panjang.

Langkah 6: Pemerkasaan Komuniti
• Mengukur kesediaan komuniti berdikari dalam memastikan kelangsungan projek/program yang dilaksanakan.
• Menghasilkan peneraju (local champions) dalam kalangan komuniti.

Langkah 7: Dasar Pemisahan
• Memastikan kebolehupayaan peneraju dan kesiapsiagaan komuniti untuk berdikari.
• Memastikan kelestarian projek/program melalui pemantauan berkala.

Langkah 8: Dokumentasi
• Mewujudkan dokumentasi lengkap Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagai rujukan/panduan kepada projek/program seterusnya.
• Mendapatkan hak cipta/paten untuk manual/modul yang dihasilkan oleh UKM.
• Laporan akhir keseluruhan projek/program.
• Bagi projek komuniti berdasarkan penyelidikan, pelaporan menggunakan format pelaporan MyRA – surat penerima impak.

Fokus Bersama

Pengalaman Komuniti Luar Biasa
i. Hari Terbuka UKM U4S
• Fokus kepada komuniti , sasaran kehadiran kepada komuniti di sekitar dan rakan strategik.
ii. Pembangunan platform chatbot UKM oleh kecerdasan buatan (AI) – UDIN (UKM Digital Intelligence Netizen)
iii. Kepimpinan Komuniti
• Fokus kepada komuniti sekitar Bangi – Masalah sosial dalam kalangan generasi muda.

Pengalaman Pelajar Luar Biasa
i. 4Malaysia (pembelajaran, penyelidikan dan pengajaran berasaskan komuniti).
• Berkonsepkan generasi seterusnya.
• Pelajar berkolaborasi secara aktif sebagai rakan kerjasama dalam aktiviti keterlibatan komuniti
• Merit dalam jam kredit.
• Anugerah dan pengiktirafan.
• Menyediakan rangka kerja di mana pelajar boleh mengenal pasti, memahami dan mewujudkan peluang bagi keterlibatan komuniti.

Perkongsian Pintar
i. Penjenamaan Semula & Pemasaran AsiaEngage
• Mengalu-alukan penyertaan institusi pengajian tinggi awam dan swasta, NGO, yayasan, institusi penyelidikan, agensi kerajaan, korporat dan pihak berkepentingan lain yang mempunyai komitmen dan semangat untuk tanggungjawab sosial dan penglibatan sivik bagi pembangunan komuniti kebangsaan dan serantau.
• Berkongsi & belajar dengan rangkaian pengamal keterlibatan komuniti.

Struktur Governans & Pelaksanaan

Pelan Strategik ini akan dikawal selia oleh Pusat Transformasi Komuniti Universi dibawah portfolio Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat). Pelaporan daripada Timbalan Dekan (Jaringan dan Penjanaan) kena dihantar setiap tiga bulan bagi tujuan pemantauan.


Cadangan sasaran indeks prestasi utama adalah seperti berikut:

BIL KPISASARANJAJARAN
1Chatbot UKM – UDIN (UKM Digital
Intelligence Netizen)
10,000 penggunaan setiap tahunHoQ 4:14
2Geran penyelidikan komunitiRM 50,000.00 setiap Fakulti/Institut – Bergantung kepada keupayaan kewangan Fakulti/ InstitutHoQ 1:1
HoQ 1:2
3Penglibatan komuniti dalam pengajaran15% kurikulum setiap program berasaskan penyelesaian masalah komuniti.HoQ 2:4
HoQ 2:5
4Projek tahun akhir sarjana muda atau projek sarjana yang berasaskan penyelesaian masalah komuniti20% Projek tahun akhir sarjana muda atau projek sarjana yang berasaskan
penyelesaian masalah komuniti.
HoQ 2:4
5Bilangan projek komuniti berasaskan penyelidikanSeiring dengan SPPU. Mencapai bilangan projek komuniti mengikut MyRA yang ditetapkan oleh CRIM kepada setiap Fakulti/Institut/Pusat (cth. UMBI = sekurangnya 1 projek) Pembuktian dari segi penilaian dan penghargaan daripada pihak bekerjasama.HoQ 1:1
6Pengantarabangsaan keterlibatan komuniti UKM contoh: AsiaEngage1 rakan strategik tersohor baru setiap tahun di setiap PTJ.HoQ 3:10

Kaedah Pengukuran Impak dan Pelaporan

  • Bagi pengukuran penglibatan komuniti dalam pengajaran, perlu dilaporkan oleh Ketua Program kepada Bahagian JIAM/HEJIM di fakulti. Pengukuran juga dapat dilaksanakan berdasarkan minggu perkuliahan [(14 minggu/semester = 28 minggu/setahun = 4minggu (15%)].

  • Bagi pengukuran projek tahun akhir sarjana muda atau projek sarjana yang berasaskan penyelesaian masalah komuniti, cadangan untuk menambah column (industri atau komuniti) dalam sistem SMP.

  • Data pelaporan oleh sekretariat AUN-USR&S.

Implikasi Kewangan

Tiada. Perancangan dan perlaksanaan aktiviti pusat tanggungjawab haruslah seiring dengan pelan strategik ini.

Muat Turun PDF Pelan Strategik Keterlibatan Komuniti UKM