Pusat Transformasi Komuniti Universiti

 University Community Transformation Centre

Garis Panduan Pelaksanaan Projek Keterlibatan Komuniti

TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan untuk menerangkan Pelan Strategik Keterlibatan Komuniti UKM 2020 – 2024 yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (MJPU) bertarikh 3 Mac 2020.

DEFINISI

Komuniti

  • Sekumpulan manusia yang berinteraksi bersama-sama di dalam sesuatu kelompok masyarakat dan boleh diterjemahkan melalui:
  • Organisasi, entiti, persatuan atau pertubuhan yang bergerak untuk kepentingan bersama; atau
  • Institusi yang ditubuhkan untuk mencapai matlamat sosial seperti institusi   pendidikan, sekolah, pra-sekolah dan institusi-institusi latihan; atau 2.1.3   Jaringan perhubungan antara pelbagai kelompok dan individu; atau Individu atau sekumpulan individu yang bergerak secara sukarela untuk memberikan khidmat kepada masyarakat termasuk sanggup menolong antara satu sama lain, dengan berasas kepada nilai-nilai murni seperti kenegaraan, kesusilaan, pembinaan negara bangsa, hak asasi dan etika.

Keterlibatan Komuniti

  • Keterlibatan komuniti merupakan suatu interaksi yang bermatlamat, saling menghormati dan produktif antara universiti dengan pemegang berkepentingan di dalam (fakulti, institut, pusat, jabatan, kolej, persatuan) dan luar universiti (industri, komuniti, NGO dan agensi kerajaan) untuk membangunkan kerjasama yang saling bermanfaat. Ia melibatkan kerjasama dan persefahaman untuk membangunkan perkongsian penyelesaian, melalui perkongsian tadbir urus dan aset, dengan matlamat akhir ke arah faedah bersama kepada semua pihak berkepentingan.

KUMPULAN SASARAN

Garis panduan ini digubal untuk semua warga universiti yang terlibat dalam keterlibatan komuniti termasuklah pengurusan pusat tanggungjawab, pensyarah, kumpulan pengurusan dan profesional, dan pelajar  di mana mereka semua terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti keterlibatan komuniti yang inklusif dan berorientasikan hasil.

Garis panduan ini adalah relevan kepada individu dan golongan seperti:

  • Timbalan Dekan (Jaringan dan Penjanaan)
  • Pensyarah
  • Kumpulan Pengurusan dan Profesional
  • Pelajar

8 LANGKAH PELAKSANAAN PROJEK KOMUNITI BERIMPAK

1.      Langkah pertama bagi projek/program keterlibatan komuniti adalah penilaian keperluan (Needs Assessment).

  • Mengenal pasti, memahami permasalahan dan keperluan komuniti sasaran samada projek/program tersebut sesuai dengan komuniti sasaran.

2.      Langkah kedua adalah merangka satu pelan menyelesaikan permasalahan dan keperluan komuniti sasaran.

  • Memadankan kepakaran pelbagai pusat tanggungjawab (PTj) dengan permasalahan sedia ada.
  • Contoh: Komuniti sasaran mempunyai masalah berkaitan dengan kesihatan pergigian, maka PTj yang sesuai dirujuk adalah Fakulti Pergigian.
  • Menyediakan kerangka penyelesaian secara holistik dan bersifat quadruple helix yang merangkumi pihak universiti, kerajaan, industri dan komuniti.
  • Menyediakan cadangan kertas kerja projek/program yang merangkumi tujuan, objektif, pelan operasi, bajet kewangan dan pelan penajaan, menetapkan sasaran jangka masa pendek, pertengahan dan panjang bagi kajian impak projek/program.

3.      Langkah ketiga adalah pelaksanaan projek/program berdasarkan cadangan kertas kerja.

  • Mengenalpasti penaja/penyumbang atau rakan strategik pintar dari agensi kerajaan, korporat ataupun individu.
  • Mengenalpasti pemegang taruh yang berpotensi bagi tujuan pelaporan kelak.
  • Mendapatkan surat pembuktian kerjasama komuniti dan rakan strategik mengikut ketetapan MyRA.

4.      Langkah keempat adalah pemantauan pelaksanaan projek/program.

  • Memastikan pelaksanaan projek/program berdasarkan carta perbatuan (Milestone).
  • Melaksanakan kajian keberkesanan pelaksanaan projek/program (Mid-term Review) dan tahap kepuasan komuniti sasaran.
  • Langkah penambahbaikan terhadap pelaksanaan projek/program (Sekiranya ada keperluan).

5.      Langkah kelima adalah penilaian impak pelaksanaan projek/program.

  • Mengukur keberkesanan projek/program terhadap komuniti untuk jangka masa pendek, pertengahan dan panjang.
  • Pendekatan holistik yang memerlukan kaedah penganalisaan kuantitatif dan kualitatif triangulasi (Triangulation Analysis1) bagi mengkaji kejayaan dan cabaran semasa projek/program serta maklum balas langkah penambahbaikan  (Sekiranya ada).
  • Penilaian ini perlu menilai impak dari segi pemegang taruh (Stakeholder Engagement) iaitu pengurusan utama universiti, pelaksana projek/program, dan komuniti sasaran.

6.     Langkah keenam adalah pemerkasaan komuniti (Community Enhancement) sasaran.

  • Mengukur kesediaan komuniti berdikari dalam memastikan kelangsungan projek/program yang dilaksanakan.
  • Menghasilkan peneraju (local champions) dalam kalangan komuniti dan seterusnya pelaksanaan projek/program ke arah kepimpinan komuniti (Community Leadership).

7. Langkah ketujuh adalah perancangan dan pelaksanaan dasar pemisah (Exit Policy).

  • Memastikan kebolehupayaan peneraju dan kesiapsiagaan komuniti untuk berdikari.
  • Memastikan kelestarian projek/program melalui pemantauan berkala selepas pelaksanaan dasar pemisah.

8. Langkah kelapan adalah dokumentasi projek/program.

  • Mewujudkan dokumentasi lengkap Prosedur Operasi Standard (SOP)  sebagai rujukan/panduan kepada projek/program seterusnya.
  • Mendapatkan hak cipta/paten untuk manual/modul yang dihasilkan oleh UKM.
  • Menyediakan laporan akhir keseluruhan projek/program.
  • Bagi projek komuniti berdasarkan penyelidikan, pelaporan menggunakan format pelaporan MyRA. – surat penerima impak.

Muat Turun PDF Garis Panduan Pelaksanaan Projek Komuniti