The 4th AsiaEngage Regional Conference 2018, Chiang Mai, Thailand

AsiaEngange Regional Conference adalah platform serantau yang dianjurkan setiap dua tahun bagi tujuan penyelidikan, pendidikan, dan misi penglibatan institusi pendidikan tinggi sekaligus mewujudkan kerjasama yang memberikan manfaat antara pemegang taruh di pelbagai sektor – institusi pendidikan tinggi, masyarakat, industri, kerajaan, agensi antarabangsa, yayasan dan NGO untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat di seluruh ASEAN dan Asia.

UKM selaku pemilik jenama AsiaEngage telah bekerjasama Chiang Mai University untuk menganjurkan the 4th AsiaEngage Regional Conference 2018 dengan jayanya bermula dari 25 sehingga 28 November 2018 di Chiang Mai Thailand. Persidangan yang dianjurkan ini adalah inisiatif baru di bawah the ASEAN University Network thematic network for University Social Responsibility & Sustainability (AUN USR&S)

Tema persidangan tahun 2018 adalah Rising to the Challenges of the SDGs in Asia through University Engagement yang dipilih sebagai manifestasi kepada United Nation’s 17 Sustainable Development Goals (SDGs) dengan lima sub-tema iaitu University – Community Engagement, University – Civil Society Engagement, University-Industry Engagement, University-Government Engagement dan University-International Agency Engagement.

Persidangan tahun ini bertujuan untuk membawa semua pihak yang berkepentingan untuk membincangkan SDG melalui dialog, pembelajaran bersama dan perkongsian antara sektor yang berbeza dalam menangani cabaran; pada masa yang sama menonjolkan bagaimana universiti boleh bekerjasama dengan komuniti, masyarakat awam, kerajaan, industri dan perniagaan, dan organisasi antarabangsa, secara kolektif dan bertindak balas dengan cepat bagi menyahut cabaran SDG.

Seramai 200 peserta telah mendaftar, sebanyak 100 artikel yang meliputi kelima-lima sub-tema telah dibentangkan dan lima sesi plenary yang meliputi 16 SDGs telah dibincangkan. Dalam persidangan ini juga telah diadakan mesyuarat AUN USR&S Steering Committee dan antara yang telah dibincangkan adalah aktiviti-aktiviti AUN USR&S, pelaporan AUN USR&S dalam Matrix of Priority 2.3 ASEAN+3 Plan of Action for Education 2018-2025 dan UKM sebagai tuan rumah 5th AsiaEngage Regional Conference 2020.