ASEAN Youth Volunteer Programme (e-AYVP) 2022


Program Sukarelawan Belia ASEAN secara dalam talian (e-AYVP) Thailand 2022 memasuki tahun kesepuluh dan tahun 2022 merupakan anjuran bersama oleh Universiti Chiang Mai pada 27 Jun – 08 Julai 2022 yang memfokuskan pada tema Pembangunan Komuniti dan Pembasmian Kemiskinan, di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, dengan sokongan Sekretariat ASEAN.

Panggilan untuk Fasilitator dan Sukarelawan telah dibuat melalui saluran dalam talian rasmi AYVP – halaman Facebook AYVP (www.facebook.com/AYVPUKM), akaun Twitter dan laman web AYVP UKM (www.ayvpukm.com.my/).

Tarikh tutup permohonan Fasilitator dan Sukarelawan ialah 30 April 2022, jam 2359H GMT+8. Pemilihan akan berdasarkan merit individu dan sukarelawan yang disenarai pendek sahaja akan dimaklumkan sebelum 13 Jun 2022.