2020.01.17 – 2020.01.20 Lawatan Kerja Bil 1/2020 ke PPKOA Pos Gob, Gua Musang

Foto dan ditulis oleh Affan Tarmizi Bin Ahmad Sukkri

GUA MUSANG – UCTC UKM dengan sokongan 9 unit kenderaan 4×4 daripada Selangor Rescue Adventure Team (RAT) telah menganjurkan Lawatan Kerja ke SK Kuala Betis dan Pusat Pendidikan Komuniti UKM-CIMB Islamic, Pos Gob, Gua Musang, Kelantan.

Lawatan kerja yang berlangsung dari 17 hingga 20 Januari 2020 ini adalah bertujuan untuk menghantar bantuan kelengkapan sekolah yang ditaja Edotco bersempena sesi persekolahan 2020 anak-anak orang asli Pos Gob. Bersempena dengan itu, satu majlis penyerahan telah di diadakan di SK Kuala Betis yang disampaikan oleh Prof Datuk Dr Rokiah Hj Omar selaku Pengarah UCTC UKM. lawatan ini turut menghantar bekalan kantin ke Pusat Pendidikan Komuniti UKM-CIMB Islamic Pos Gob berserta kelengkapan pembelajaran tambahan murid-murid.

Dikesempatan ini pihak UCTC UKM ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang lawatan kerja kali ini terutamanya team RAT 4X4 yang membantu dari segi logistik sejak penubuhan projek ini dan pihak Edotco di atas penajaan untuk bantuan persekolahan anak-anak orang asli Pos Gob. Diharapkan kerjasama ini dapat dikembangkan lagi pada masa-masa akan datang.