Latar Belakang
Latar Belakang
- Idea UCTC ini tercetus daripada hasil pembentangan di dalam mesyuarat Summit NBOS pada 21 November 2012 di Putrajaya yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia
- Seterusnya direalisasikan melalui mesyuarat penyelarasan pertama UCTC pada 18 Januari 2013 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
- Seterusnya diumumkan secara rasmi akan keperluan penubuhannya oleh YB Menteri Pengajian ketika itu di dalam teks ucapannya bertarikh 29 Januari 2013
- Peranan UCTC UKM ini adalah sebagai ‘one-stop community outreach centre’ yang membawa pelbagai kepakaran dan sumber universiti melalui pengendalian serta pemantauan inisiatif keterlibatan universiti-komuniti berteraskan ilmu yang berimpak, inovatif dan lestari dalam proses mentransformasikan komuniti tempatan
- UCTC UKM telah ditubuhkan pada 21 Julai 2014 sebagai penjenamaan semula Pejabat Hubungan Universiti Masyarakat (PHUM) di bawah portfolio Timbalan Naib Canselor, Hal-ehwal Jaringan Industri Masyarakat