Tahniah – Prof. Datuk Dr. Rokiah Hj. Omar

2 Mac 2019 – Prof. Datuk Dr. Rokiah Haji Omar, Pakar Penglihatan Terhad , Program Optometri & Sains Penglihatan di Fakulti Sains Kesihatan yang juga merupakan Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UKM telah menerima anugerah Venus International Women Awards (VIWA 2019) – Distinguished Woman in Health and Medical Sciences pada majlis yang diadakan di Chennai City, India. Anugerah ini adalah satu pengiktirafan kepada ‘Best-Brightest-Inspirational-Talented Woman’ yang menunjukkan keberanian, kreativiti, kecemerlangan, keaslian dan ketahanan dalam disiplin mereka

Prof. Datuk Dr. Rokiah Haji Omar juga turut hadir sebagai Tetamu Kehormat dan telah menyampaikan ceramah utama yang bertajuk “Prevent of Blindness – Empwering Pre- School Teachers Does It” di 4th Annual Women Meet (AWM 2019). Secara umumnya, ceramah utama ini menyentuh mengenai mekanisme pemeriksaan mata yang berkesan dalam membantu mengurangkan risiko buta yang boleh dihindarkan di kalangan kanak- kanak prasekekolah.