CYAL 2018

CIMB Young ASEAN Leaders (CYAL) adalah satu program dengan matlamat utama untuk menyokong pertukaran idea, pembelajaran serta pengalaman merentas budaya di kalangan pemimpin belia ASEAN, dan meningkatkan kualiti hidup rakyat ASEAN melalui aktiviti yang menggalakkan pembangunan mampan serta menyumbang kepada pembinaan asas yang kukuh untuk pemahaman, kejiranan dan kemasyarakatan yang lebih baik di kalangan negara ASEAN.

 

Pada tahun 2018, sekali lagi Yayasan CIMB dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah bekerjasama bagi penganjuran CYAL 2018 di UKM buat kali ke-empat yang bermula pada 19 hingga 24 Oktober 2018. Tema CYAL-UKM 2018 yang dipilih pada tahun ini adalah Resilience and Innovation towards a Green, Prosperous Lifestyle: Smart City dan pengisian program seperti syarahan, bengkel dan forum mengenai identiti ASEAN, kepimpinan dalam tema yang dipilih serta aktiviti-aktiviti lain yang telah dirangka untuk meningkatkan kesedaran yang berkenaan kepada bakal pemimpin-pemimpin ASEAN di masa akan datang.

 

Seramai 1,217 belia ASEAN telah memohon untuk menyertai program ini. Selepas proses tapisan melalui penilaian dan temuduga telefon, 50 belia ASEAN telah dipilih sebagai delegasi untuk mewakili kesemua 10 negara ASEAN.