2019.12.27 – 2019.12.29 Program Pengukuhan Pasukan UCTC UKM

Foto dan ditulis oleh Affan Tarmizi Bin Ahmad Sukkri

Bersempena program pengukuhan pasukan UCTC UKM, warga UCTC UKM telah berpeluang menjalani latihan di Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera dari Lumut, Perak ke Pulau Pinang dan kembali ke Lumut pada 27-29 Disember 2019.

Program pelayaran ini adalah bertujuan membina semangat berpasukan bagi warga UCTC dan melahirkan warga kerja yang mempunyai jiwa yang kental serta berdisiplin disamping mendedahkan para peserta kepada kemahiran ilmu pelayaran.

Pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan oleh pihak TLDM sepanjang pelayaran tersebut, antaranya adalah memanjat tiang layar yang menguji keberanian peserta, mengenali jenis-jenis ikatan tali serta layar yang terdapat di atas kapal dan pendedahkan ilmu kaji cuaca dan navigasi di laut. Selain itu juga, peserta diberi peluang untuk mengemudi tali-tali layar ketika kapal tersebut sedang belayar ataupun bersauh.

Di kesempatan ini pihak UCTC UKM ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak TLDM di atas peluang menyertai program yang menarik dan mencabar ini. Penghargaan istimewa buat Kdr TLDM, Pegawai Memerintah dan semua anak kapal KLD Tunas Samudera di atas layanan yang sangat baik sepanjang program. Diharapkan kerjasama UKM dan TLDM dapat dikembangkan lagi pada masa-masa akan datang.