Language

Disclaimer Third Language Translation

Please note that the page which will be displayed later after translations have been made is an automatic computer translation. The odds that the content will differ from the original cannot be avoided. We are not responsible on any damage or wrong information which might occur from the contents which has been translated. Official content is only at the original page which is in English or Malay.

University Community Transformation Centre

Program Tanaman Pokok Melestari Pantai

Date: 10/08/2017 |  Photo by: Wong Kin Lun (UCTC UKM) |  Back to Index

Program Tanaman Pokok Melestari Pantai ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan Kg. Baru Seri Sentosa dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM, Majlis Belia Daerah Sabak Bernam, dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor yang juga disokong dan disempurnakan oleh YB. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi, Ahli Parlimen Sungai Besar. Seramai 90 orang staf dan pelajar UKM melalui Kelab Ekorelawan, Pusat Transformasi Komuniti Universiti - UCTC UKM, Kolej Aminuddin Baki, dan Kolej Dato' Onn telah menyertai program yang begitu bermakna sekali ini kerana menjaga kawasan pesisir pantai di samping pelan jangka panjang untuk mengelakkan hakisan pantai dan banjir yang menimpa penduduk sekitar. Program ini merupakan program keterlibatan masyarakat dan perkongsian pintar di mana pensyarah UKM dari LESTARI menerangkan kepentingan penanaman pokok ini kepada para penduduk kampung dan pelajar UKM sebelum pelajar UKM menyumbangkan tenaga mereka dalam penanaman pokok. Turut serta adalah 100 orang penduduk kampung dan beberapa agensi kerajaan lain seperti PDRM, Bomba, Klinik Kesihatan Sekinchan dan RELA. Tarikh: 8 Oktober 2017 Masa: 9.00 pagi - 2.00 petang Tempat: Pantai Parit 5, Kg Baru Seri Sentosa, Sekinchan, Selangor #ukm #uctcukm