Pusat Transformasi Komuniti Universiti

 University Community Transformation Centre

Latar Belakang

Latar Belakang

  • Idea UCTC ini tercetus daripada hasil pembentangan di dalam mesyuarat Summit NBOS pada 21 November 2012 di Putrajaya yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia
  • Seterusnya direalisasikan melalui mesyuarat penyelarasan  pertama UCTC pada 18 Januari 2013 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
  • Seterusnya diumumkan secara rasmi akan keperluan penubuhannya oleh YB Menteri Pengajian ketika itu di dalam teks ucapannya bertarikh 29 Januari 2013
  • Peranan UCTC UKM ini adalah sebagai ‘one-stop community outreach centre’ yang membawa pelbagai kepakaran dan sumber universiti melalui pengendalian serta pemantauan inisiatif keterlibatan universiti-komuniti berteraskan ilmu yang berimpak, inovatif dan lestari dalam proses mentransformasikan komuniti tempatan
  • UCTC UKM telah ditubuhkan pada 21 Julai 2014 sebagai penjenamaan semula Pejabat Hubungan Universiti Masyarakat (PHUM) di bawah portfolio Timbalan Naib Canselor, Hal-ehwal Jaringan Industri Masyarakat